Aktiviti

Bahagian Integriti & Pengurusan Risiko (IPR) PKNS bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan inisiatif-inisiatif integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan & pengesahan, salah laku dan tindakan punitif yang lebih fokus, terancang, efisien dan optimum. Oleh yang demikian, Bahagian IPR  terus komited memperkemaskan Sistem Integriti Korporat PKNS (Corporate Integrity System) serta melaksanakan pelbagai inisiatif dan aktiviti integriti termasuk yang melibatkan anggota PKNS dan pihak yang berkepentingan. Ia bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kesedaran anggota PKNS dan pihak yang berkepentingan terhadap kepentingan budaya kerja berintegriti di samping memperluaskan capaian  maklumat berkaitan polisi-polisi yang diamalkan di PKNS.

Hasilnya, PKNS telah dijadikan penanda aras dan pusat rujukan pelbagai agensi jabatan kerajaan serta organisasi swasta sebagai salah satu organisasi terbaik dalam pelaksanaan tadbir urus dan integriti. Setiap tahun PKNS telah menerima kunjungan dan lawatan kerja dari pelbagai agensi dari dalam dan luar negara bagi mendapatkan khidmat nasihat dan berkongsi pengalaman serta kejayaan PKNS dalam pelaksanaan Sistem Integriti Korporat (CIS) termasuk inisiatif dan program integriti. Antara lawatan yang diterima adalah dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan lain-lain.

 

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - Bahagian Integriti

Please publish modules in offcanvas position.