Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor

Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 digubal dengan objektif untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk mengakses maklumat yang dibuat oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri melalui permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan yang berkenaan.

Enakmen ini telah diwartakan pada 25 Ogos 2011 dan berkuatkuasa pada tarikh mulai 5 Mac 2013 sebagaimana perkenan DYMM Sultan Selangor. Turut berkuatkuasa pada tarikh sama ialah dua (2) undang-undang subsidiari yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyokong peruntukan-peruntukan enakmen ini, iaitu Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) (Akses Kepada Maklumat) 2012 dan Kaedah-Kaedah Badan Maklumat Negeri (Negeri Selangor) 2012.

Mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat mengenai PKNS boleh berbuat demikian dengan mematuhi prosedur-prosedur berikut:-

  1. Mengisi lengkap Borang A Jadual Pertama yang boleh didapati di Bahagian Integriti PKNS atau muat turun di laman web www.pkns.gov.my .
  2. Mengemukakan borang permohonan yang lengkap diisi secara serahan tangan atau emel kepada Pegawai Maklumat PKNS di Bahagian Integriti PKNS.
  3. Pegawai maklumat PKNS akan memproses permohonan yang dikemukakan dan akan memberikan maklum balas kepada permohonan dalam tempoh masa:-
     > Permohonan biasa : 30 hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan
     > melibatkan nyawa atau kebebasan individu: tujuh (7) hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan.
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon akan dibenarkan untuk mengakses kepada maklumat yang dipohon mengikut cara akses yang bersesuaian.
  5. Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh mengemukakan rayuan kepada Badan Maklumat Negeri dalam tempoh masa 21 hari dari tarikh penerimaan keputusan.
  6. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk setiap permohonan bagi mendapatkan maklumat di PKNS. Walau bagaimanapun, bayaran boleh dikenakan untuk pemohonan mendapatkan salinan pelan atau Dokumen Rasmi PKNS jika berkaitan

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan Pegawai Maklumat PKNS seperti maklumat di bawah:

Cik Nursyahida binti Abdul Rahman,
Pengurus Integriti ,
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor,
Bahagian Integriti ,
Bangunan Ibu Pejabat PKNS, Tingkat 1, Blok C 
No 2 Jalan Indah 14/8, 
Seksyen 14,
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5525 0393 @ 03-5525 0300 ext 1302   
Emel : nursyahida @ pkns.gov.my

Bahagian Integriti 
Bangunan Ibu Pejabat PKNS, Tingkat 1, Blok C 
No 2 Jalan Indah 14/8, 
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, 
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-5525 0300 ext 1299 

Emel : integriti@pkns.gov.my
        

 

 



Tanggungjawab Pegawai Maklumat
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - Bahagian Integriti

Please publish modules in offcanvas position.