Konflik Kepentingan
Konflik kepentingan melibatkan konflik antara tanggungjawab awam dan kepentingan peribadi seseorang anggota PKNS di mana anggota tersebut mempunyai kepentingan peribadi yang berkemungkinan mengganggu objektiviti anggota ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab atau ketika membuat pertimbangan bagi pihak PKNS.

Pada asasnya, dengan wujudnya konflik kepentingan, anggota PKNS mungkin berada di dalam situasi di mana mereka tidak dapat berfikir secara objektif dan rasional, sekaligus gagal membuat keputusan secara adil dan saksama kerana dikaburi prospek keuntungan peribadi. Justeru, ramai yang tidak dapat membezakan antara hal peribadi dan tugasan kerja.

Perkara-perkara yang termasuk dalam kepentingan peribadi ialah kepentingan yang melibatkan anak, suami/isteri dan sebagainya yang diistilahkan sebagai SAUDARA seperti tafsiran di bawah SEKSYEN 3 AKTA SPRM 2009. Manakala, tugasan kerja yang melibatkan ahli keluarga atau anggota yang mempunyai hubungan peribadi yang rapat boleh menimbulkan konflik kepentingan sebenar serta boleh mewujudkan suasana kerja yang negatif atau tidak professional seperti yang terkandung di bawah SEKSYEN 23 AKTA SPRM 2009.

Pada masa kini, semua Ahli Jawatankuasa Mesyuarat di peringkat Perbadanan dikehendaki melengkapkan Borang Pengisytiharan Kepentingan sebelum mesyuarat bermula dan hendaklah dikemukakan kepada urusetia mesyuarat terlibat. Mesyuarat di peringkat Perbadanan yang terlibat adalah seperti berikut:
  1. Mesyuarat Ahli Perbadanan PKNS;
  2. Mesyuarat Jawatankuasa Tender;
  3. Mesyuarat Jawatankuasa Audit;
  4. Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan & Tatatertib;
  5. Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus & Integriti (JKTI) Perbadanan; dan
  6. Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan.
Polisi Konflik Kepentingan
Borang Pengisytiharan konflik kepentingan
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - Bahagian Integriti

Please publish modules in offcanvas position.