1. Pengurusan Aduan
  • Pengurusan penerimaaan maklumat/aduan mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi dan memastikan tindakan diambil ke atas setiap maklumat/aduan dengan cekap dan berkesan

     

2. Pengesanan Dan Pengesahan (P&P)
  • Tindakan terhadap salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi yang diterima dan seterusnya memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil

     

3. Pengukuhan Integriti
  • Aktiviti yang mengukuhkan lagi penginstitusian integriti dari segi pembudayaan dan pelaksanaan inisiatif integriti dalam agensi

     

4. Tadbir Urus
  • Memastikan tadbir urus integriti terbaik dilaksanakan di samping menangani isu-isu integriti terutamanya berkaitan salah laku jenayah serta pelanggaran tata kelakuan dan etika organisasi

     

5. Pematuhan
  • Pemantauan dan kawal selia ke atas kehendak undang-undang dan peraturan berkaitan dengan pencegahan rasuah, integriti dan tadbir urus yang berkuat kuasa agar tindakan pembetulan dan penambahbaikan sistem dan tatacara kerja dilaksanakan dengan sewajarnya

     

6. Tatatertib
  • Melaksanakan fungsi urus setia Jawatankuasa Tatatertib berdasarkan Akta 605, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan peraturan tatatertib yang diguna pakai oleh BBDS dan BBDSB

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) - Bahagian Integriti

Please publish modules in offcanvas position.